Laman

Selasa, 4 Jun 2013

SEBELUM WAJADIRI 2013


Pada tahun kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi julung kalinya akan diadakan di Pantai Timur iaitu Kelantan. Tahun ini ada beberapa-beberapa kekangan yang kami hadapai iaitu peperiksaan dan kejohanan ini berjalan semasa cuti minggu ketiga. Namun semangat anak-anak YM Sheikh tetap membara. Latihan tetap berjalan disamping latihan wajadiri. Kemenangan bagi kami bukan yang utama tetapi usaha kami untuk menyokong segala bentuk aktiviti persatuan dan persilatan. Paling penting ialah harapan YM Guru Utama untuk melihat anak-anak murid beliau.

PUSAKA HANAFI IPGPerlis telah menyertai 4 daripada 7 kejohanan sepanjang penubuhannya. Pada tahun ini, MMT bekerja sedikit keras untuk mencari dana, pengangkutan bagi memastikan pasukan wajadiri PUSAKA HANAFI IPGPerlis berada di Kelantan pada hari kejadian. Alhamdullilah tahun ini banyak pekara yang dipermudahkan terutamnya dari segi pengangkutan.

Walaupun sekarang kami berada di kampung halaman masing-masing untuk cuti semester tetapi semangat kami tetap berkobar dan membara bagi membawa nama PUSAKA HANAFI IPGPerlis ke kejohanan. Diharapkan tahun ini kami dapat menimba banyak pengalaman pada kejohanan kali ini. InsyaALLAH

***Set demo tunggu set kawe maghi. hehe***


Isnin, 4 Februari 2013

PERJALANAN 2012 - 2013

Alhamdulillah..sedar atau tidak angka tahun sudah bertambah..namun..Berkat usaha MMT dan rakan-rakan yang masih cintakan pusaka asli ini untuk bernaung di IPG..membuatkan kelas latihan silat cekak pusaka hanafi di belakang gymnasium IPG Kampus Perlis masih bernafas..tahniah di ucapkan..dan syukur lillah di atas keizinanNya untuk kita meneruskan lagi persilatan perguruan cekak di bumi IPG Kampus Perlis ini.

Latihan Pertama Januari 2013


Tahun 2012 menyaksikan beberapa peristiwa penting iaitu Karnival Wajadiri di Negeri Sembilan, Kursus Penyelarasan Buah silat, Majlis Petua oleh YM Guru Utama di Dewan Pulai, Demo Hari Gerko 2012 yang di sambut sekali Majlis Perpisahan Ahli-Ahli Semester Akhir dan Ujian Sijil Rendah Persilatan yang diadakan di UiTM Arau. Dan penutup tirai 2012 berakhir dengan Mesyuarat Agung pembubaran MMT 2012 dan pelantikan jawatankuasa baru yang bakal meneruskan perjuangan silat cekak di bumi IPG Perlis yang bertuah ini. 

Walaupun pulang dengan tangan kosong namun Wajadiri 2012
memberikan kesan yang positif kpd ahli-ahli..semoga berjumpa
lagi di Kelantan Jun ini.

Usai sudah berdemo di Pulako, Oktober 2012


SRP (Ujian Sijil Rendah Persilatan)


Cuti semester 2012 turut menyaksikan beberapa ahli IPG Kampus Perlis mewakilkan diri ke perjumpaan terbesar para tenaga pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi yang di adakan di Dewan DBKL Kuala Lumpur. 

Semoga tahun ini juga padat dengan aktiviti-aktiviti menarik buat santapan jasmani & rohani ahli-ahli serta bakal-bakal ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi. Dengan barisan kepimpinan baru dibawah saudara Ali Sufi Mazlan..di harapkan tahun 2013 menjadi tahun yang lebih bermakna buat ahli keluarga Silat Cekak Pusaka Hanafi Ipg Kampus Perlis. Semoga Allah permudahkan segala urusan MMT baru dalam menyokong delegasi Yang Mulia Guru Utama di dalam mengembangkan Silat Cekak di IPG kita khasnya, dan di negara & dunia amnya..Insyaallah usaha yang di sematkan niat yang betul serta doa yang tidak putus, akan dipermudahkan dan diberkati..semoga impian mencatat Rekod Dunia pada 2015 nanti juga tercapai insyaAllah..


~seNAFAS seUDARAseGERAK seARAH 
seASLI seBUDAYA~~



























Selasa, 19 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

Warga SCUH IPG Kampus Perlis (Pusaka Hanafi) mengucapkan

selamat kembali ke kampus 

kepada semua ahli  SCUH IPG Kampus Perlis (Pusaka Hanafi) dan guru-guru pelatih IPG Kampus Perlis.


Ayuh kita mulakan semester baru ni dengan azam dan semangat yang baru!!!



Sabtu, 12 Mei 2012

Salam Imtihan

Kami ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Mei 2012 kepada semua ahli SCH  IPG Kampus Perlis (PUSAKA HANAFI) dan kepada semua warga IPG Kampus perlis agar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan ini..

JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA,
TAPI RENUNGKANLAH,
MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN.
SALAM IMTIHAN .

Akhir kata dari kami,SELAMAT MAJU JAYA...insyaALLAH..

MA'ATTAUFIQ WANNAJAH


Rabu, 25 April 2012


Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia diberi penghormatan membuat persembahan dihadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong ke-XIV.

April 23, 2012
21/04/2012, KUALA LUMPUR —Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Ustaz Hanafi) diberi penghormatan tertinggi untuk membuat persembahan diraja dihadapan DYMM Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,Yang di-Pertuan Agong ke-14.


       










Persembahan ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” telah diadakan di Dataran Merdeka pada malam Sabtu yang bermula jam 8.30 malam. Acara itu merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
 


Kira-kira 600 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini telah memeriahkan persembahan ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang menonjolkan pelbagai persembahan kebudayaan dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Beberapa persembahan yang melambangkan tradisi Kesultanan Melayu telah memeriahkan acara tersebut termasuk perarakan Diraja yang dikepalai seekor gajah, persembahan menjunjung duli, warkah sumpah setia rakyat, persembahan seni mempertahankan diri kaum-kaum utama di Malaysia dan persembahan kegemilangan istana.

Silat Cekak Ustaz Hanafi sebelum ini juga telah diberikan penghormatan yang sama bagi membuat persembahan Diraja semasa keberangkatan pulang DYMM Tuanku Mirzan sempena tamat tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13.

Syabas dan tahniah kepada semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi yang terlibat dalam menjayakan persembahan dan memberi komitmen dengan semangat menjunjung sistem Raja Berperlembagaan.




Sabtu, 14 April 2012

Silat Mendaulat Budaya Gemilang...

Aduhai cekak... kau terbina dgn hati,
Namamu tercipta penuh erti,
Panjimu kuntuman seni,
Gerak menusuk akal nurani,


Kau dilahirkan dgn niat suci,
Untuk dijadikan pusaka budi,
Penjana siaga, perisai jati diri,
Sumbangsih buat agama, bangsa & ibu pertiwi.
__________________________________________________________

Cekak Hanafi Pusaka Pahlawan, 
Caranya Asli Bukan Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan,


Lahirnya Cekak Tidak Berbangga,
Untuk Mendaulatkan Pusaka Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Agar Hidup Tidak Sia-Sia.

Jumaat, 13 April 2012

Mesyuarat Agong PSSCPUH Perlis 2012

         PSSCPUH IPG Perlis telah menjadi saksi kepada mesyuarat Agong pertama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Perlis. 
         Persatuan yang baru sahaja mendapat status pendaftarannya ini telah memilih IPG Kampus Perlis sebagai lokasi mesyuarat sulungnya pada hari Selasa bersamaan 20 Mac 2012 yang lalu bertempat di Dewan Pulai 2.
YDP Perlis
         Mesyuarat di pengerusikan oleh YDP PSSCPUH Perlis, Encik Fauzi Bin Jusoh (Abg Fauzi). Mesyuarat dihadiri sepuluh ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Negeri dan di meriahkan oleh beberapa ahli PSSCPUH IPG Perlis yang di antaranya merupakan ahli MMT IPG. 


Mesyuarat turut di hadiri oleh En.Jamaluddin Hanafi (Abg G) iaitu Abg ketiga YM Guru Utama.






Abg G memberi kata-kata semangat di akhir mesyuarat

         Kami dari IPGM Perlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada Abg Fauzi dan rakan-rakan. Terima Kasih di atas kesudian untuk ber mesyuarah di IPG kami. Dan terima kasih juga di atas kata-kata hikmat oleh Abg G..sememangnya kata-kata tersebut menyuntik semangat kami di sini..
p/s : rugi sapa tak mai.


         Kepada MMT IPG yang menghadirkan diri pada malam tersebut, semoga mendapat sedikit sebanyak ilmu dalam menguruskan majlis dan mesyuarat. Sama-sama kita belajar..demi ilmu dan Allah taala..
~Hidupnya Agama juga kerana hidupnya Pusaka Bangsa, kerana Melayu itu Islam. Dan Islam itu Benar~
Takkan Melayu Hilang Di Dunia ~ Datuk Laksamana Hang Tuah kata :p




















~seNAFAS seUDARAseGERAK seARAH 
seASLI seBUDAYA~~