Laman

Rabu, 25 April 2012


Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia diberi penghormatan membuat persembahan dihadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong ke-XIV.

April 23, 2012
21/04/2012, KUALA LUMPUR —Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Ustaz Hanafi) diberi penghormatan tertinggi untuk membuat persembahan diraja dihadapan DYMM Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,Yang di-Pertuan Agong ke-14.


       










Persembahan ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” telah diadakan di Dataran Merdeka pada malam Sabtu yang bermula jam 8.30 malam. Acara itu merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
 


Kira-kira 600 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini telah memeriahkan persembahan ”Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang menonjolkan pelbagai persembahan kebudayaan dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Beberapa persembahan yang melambangkan tradisi Kesultanan Melayu telah memeriahkan acara tersebut termasuk perarakan Diraja yang dikepalai seekor gajah, persembahan menjunjung duli, warkah sumpah setia rakyat, persembahan seni mempertahankan diri kaum-kaum utama di Malaysia dan persembahan kegemilangan istana.

Silat Cekak Ustaz Hanafi sebelum ini juga telah diberikan penghormatan yang sama bagi membuat persembahan Diraja semasa keberangkatan pulang DYMM Tuanku Mirzan sempena tamat tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13.

Syabas dan tahniah kepada semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi yang terlibat dalam menjayakan persembahan dan memberi komitmen dengan semangat menjunjung sistem Raja Berperlembagaan.




Tiada ulasan: