Laman

Memaparkan catatan dengan label Makluman dan Pemberitahuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman dan Pemberitahuan. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

Ujian Sijil Rendah Persilatan Zon Utara 2011

UJIAN SIJIL RENDAH PERSILATAN ZON UTARA 2011

TEMPAT: UiTM PEMATANG PAUH, PULAU PINANG
MASA: 8.30 PAGI
TARIKH: 25 JUN 2011
BAYARAN: RM65

Bagi ahli tamat yang belum menduduki ujian ini, anda digalakkan mengambil ujian ini. Bagi ahli yang telah mengambil ujian ini anda dialu-alukan untuk menjadi tenaga penguji.

Untuk tahun ini, Ujian SRP terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a. Ujian bertulis (pengetahuan mengenai persilatan, persatuan, isu semasa dan sebagainya)

b. Ujian praktikal (buah jatuh, buah potong, cekak menanti, cekak menyerang, papan sekeping tangan kosong papan sekeping bersenjata)

Rabu, 1 Jun 2011

Temubual Stesen Radio Australia Bersama YM Pewaris Mutlak Silat Cekak Hanafi

Pada tanggal 29 Mei 2011, YM Tuan Haji Md Radzi Haji Hanafi Al Qadhi telah ditemubual oleh salah sebuah stesen radio di Australia. Temubual berkisarkan mengenai aktiviti silat pada masa kini terutamanya Silat Cekak Hanafi ( Pusaka Hanafi ). Turut ditemubual ialah diiringi oleh Encik Aminuddin Dahlan@Paksu ( Ketua Perhubungan Seranta ) dan Saudara Shafiq Abdullah yang juga ahli Silat Cekak Hanafi yang melanjutkan pengajian pada peringkat Master di sana. Tahniah kepada YM Tuan Haji Md Radzi Haji Hanafi Al-Qadhi


YM Tuan Guru di konti

Sabtu, 23 April 2011

Kelas Demostrasi dan Persembahan


SERTAI KAMI UNTUK SKUAD DEMOSTRASI 
DAN 
PERSEMBAHAN

Selasa, 19 April 2011

Ujian Bertulis dan Praktikal Peringkat Asas

UJIAN BERTULIS

BAHAGIAN A 

- SALASILAH PERGURUAN
- SENJATA RASMI
- BUAH MATAPELAJARAN
- MAKNA PERKATAAN CEKAK

BAHAGIAN B 
- SALASILAH PERGURUAN
- BUAH MATAPELAJARAN
- PANTUN SILAT CEKAK
- MAKNA PERKATAAN CEKAK

UJIAN PRAKTIKAL

WAJIB
- 4 KAEDAH

PILIHAN PENGUJI 
- 5 BUAH

PILIHAN CALON
-1 BUAH

**Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Biro Persilatan dan Aktiviti

Sabtu, 4 September 2010

Program Cabaran 1 dalam 10 000 Silat Cekak Hanafi


Etika Berpakaian Untuk Program Cabaran 1 dalam 10 000 Silat Cekak Hanafi

UNIFORM
Uniform Silat
  • Tengkolok (Lelaki)
  • Tudung Biru Gelap (Wanita)

TIDAK BERUNIFORM
T Shirt Latihan Rasmi
  • Track Bottom Biru Gelap
  • Tudung Putih (Wanita)

MAKLUMAN
1. Setiap hari SABTU adalah HARI RASMI latihan Cabaran 1 dalam 10 000 di seluruh Cawangan
2. SEMUA Kelas Latihan / IPT / Sekolah / Pusat Latihan perlu memperuntukan masa selama 15 minit pada setiap kali latihan untuk Gerak Formasi C1D10K
3. Satu LATIHAN PERDANA akan diadakan disetiap cawangan pada 02hb Oktober 2010. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.


SEMUA AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA IPG KAMPUS PERLIS DIMINTA UNTUK 'ALERT' DENGAN SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI C1D10K

Isnin, 26 Julai 2010

Kategori Pertandingan Wajadiri IPT dan Sekolah 2010

Sempena Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT dan Sekolah tahun 2010 terdapat 7 kategori dipertandingkan dan 1 kategori khas untuk sekolah seperti berikut :-

Kategori 1 : Menangkis Serangan Pisau
Kategori 2 : Menangkis Serangan Kaki
Kategori 3 : Menangkis Serangan Tongkat
Kategori 4 : Umum Tangan Kosong Kreatif
Kategori 5 : Umum Senjata Kreatif
Kategori 6 : Persembahan Atas Papan Sekeping (Kosong dan Bersenjata)
Kategori 7 : 5 Serang 1 Kreatif
Kategori 8 : 6 buah Jatuh Standard (Kategori Khas Untuk Sekolah Sahaja)

Jumaat, 23 April 2010

UJIAN TAHAP I (PERINGKAT ASAS)

Perhatian kepada semua ahli peringkat jatuh. Satu ujian Teori dan Praktikal akan diadakan seperti ketetapan berikut:

UJIAN PRAKTIKAL
 Masa: 5.30 - 7.00 petang
Tarikh: 5 Mei 2010
Tempat: Padang Belakang Gim
Pakaian: T-shirt Latihan
Bayaran: RM3

UJIAN TEORI
Masa: 9.30 - 10.30 malam
Tarikh: 6 Mei 2010
Tempat: Bilik Kuliah Gim
Pakaian:Berpakaian kemas


*Untuk Ujian Praktikal calon akan diuji dengan 10 buah Asas ( 7 diberitahu, 3 bebas bahagian dada)
**Untuk Ujian Teori calon akan diuji dengan kefahaman dari segi persilatan, perguruan, sejarah dan isu-isu semasa
Sebarang pertanyaan atau masalah sila rujuk Yang Dipertua Biro Persilatan dan Aktiviti

Khamis, 18 Mac 2010

MAJLIS PENGIJAZAHAN AHLI BARU

Tarikh: 1 April 2010 (Khamis)
Masa: 8.30 malam
Tempat: SMKA Madi
Pakaian: Baju Melayu / Baju Kurung

Semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Pengijazahan Ahli Baru

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dirujuk kepada mana-mana Ahli Mesyuarat Tertinggi Persatuan

Selasa, 16 Mac 2010

MAJLIS PERKAMPUNGAN SILAT CEKAK HANAFI ZON UTARA

MAJLIS PERKAMPUNGAN SILAT CEKAK HANAFI ZON UTARA

Tempat: Dewan Baru, Uitm Arau
Tarikh: 10 April 2010 (Sabtu)
Masa: 7.40 pagi - 10.40 malam
Bayaran: RM 30
Penyertaan: Semua ahli dari setiap peringkat pelajaran
Pakaian: Tshirt latihan / Uniform

Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh dirujuk kepada Saudara Kadir Ab Rahim (YDP Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi IPG Perlis)

Sabtu, 3 Oktober 2009

RUMAH TERBUKA YM GURU UTAMA

RUMAH TERBUKA YM GURU UTAMA / PRESIDEN PSSCUHM
HAJI MD RADZI HAJI HANAFI

Tarikh: 10 Oktober 2009
Masa: 1 - 5 petang
Tempat: Lot 8432, Jalan H1, Taman Melawati, Ulu Klang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Jumaat, 2 Oktober 2009

JADUAL LATIHAN TERKINI

KELAS ASAS
Hari: Rabu
Masa: 5.30 - 7 petang
Tempat: Padang Belakang Gim


KELAS POTONG DAN TAMAT
Hari: Khamis
Masa: 5.30 - 7 petang
Tempat: Dewan Pusat Pendidikan Luar


KELAS ASAS, JATUH, POTONG DAN TAMAT 
Hari: Ahad
Masa: 5.30 - 7 petang
Tempat: Padang Belakang Gim