Laman

Selasa, 1 November 2011

KENAPA MEREKA TETAP BELAJAR?


Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Hanafi kali ini sangat istimewa kerana Anugerah Tertinggi Silat Cekak Hanafi turut dianugerah kepada seorang insan istimewa dimana beliau mengalami masalah penglihatan (buta akibat masalah buah pinggang). Sebenarnya bukan anugerah itu yang patut dibicarakan oleh kita semua tetapi semangat beliau yang terus memberi sokongan dan dokongan terhadap SILAT CEKAK HANAFI. Lebih penting ialah beliau masih aktif dalam persilatan dan persatuan. Kenapa?, tepuk dada tanya iman tanya hati. Sebenarnya bagi beliau anugerah yang besar ialah anugerah dari ALLAH kerana masih mampu mempertahankan diri dan masih celik mata hati untuk sedar kepetingan seni mempertahankan diri serta masih kenal siapa GURUNYA. Isteri beliau juga patut dijadikan contoh kerana menjalankan tanggungjawap dengan baik sebagai isteri dan ini adalah SRIKANDI.

Kita ingat kembali kata-kata Almarhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad " Hakikat SILAT CEKAK itu adalah SILAT GERAK, HAKIKAT GERAK itu adalah dari ALLAH. kita bersilat bukan kerana silat, kita BERSILAT KERANA ALLAH". Kata-kata ini telah dibuktikan oleh ahli kurang bernasib baik ini.

Sama-sama kita sebagai pengamal SILAT CEKAK HANAFI renungkan kata-kata ini. InsyaALLAH.

Tiada ulasan: