Laman

Selasa, 1 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERPISAHAN SEMESTER 8 2011


TARIKH: 19 Oktober 2011
TEMPAT: Dewan Kuliah A, IPG Perlis

Alhamdullilah dan Tahniah kepada jawatankuasa bagi jamuan ini yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini. Walaupun jamuan ini tidak dihadiri oleh semua ahli kerana terpaksa menghadiri tugasan lain namum ia tetap berjalan dengan meriah. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Cik Ahnizah (Pensyarah Penasihat), Encik Musaidi (Wakil Unit Gerko), Encik Rosley (Mantan Pensyarah Penasihat) dan Saudara Muiz (Wakil JPP).


Bagi ahli semester 8 ini merupakan satu penghargaan yang amat bernilai dan bermakna bagi mereka dimana mereka diraikan sebagai tanda terima mereka dalam membangunkan SCH IPG Perlis sepanjang mereka disini. Bagi ahli semester 8 yang menjadi perintis kepada penubuhan SCH IPG Perlis, kesedihan terasa dihati mereka untuk meninggalkan adik-adik.

Walaupun mereka bakal meninggalkan kita, jasa mereka tetap dihati kita dan perjuangan mereka tidak akan dilupakan. KITA BAGAI SATU KELUARGA

seNAFAS seUDARA, seGERAK seARAH, seASLI seBUDAYA

















*InsyaALLAH kita sama ingat pesan dan amanah abang-abang dan kakak-kakak.
*Alhamdullilah kerana SCH IPG Perlis akan dimasukkan sebagai sebahgian dari kebitaraan sempena IPG Perlis sebagai IPG Sukan

Tiada ulasan: