Tarikh: 15 Oktober 2011
Tempat: Dewan INFRA, Kajang
Majlis yang dijalankan dengan istiadat ini adalah bertujuan penganugerahan sijil bagi calon-calon yang telah lulus Ujian Sijil Rendah Persilatan, Ujian Sijil Menengah Pesilatan dan Anugerah Pingat Silat Cekak Hanafi. Kesemua anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi (PEWARIS MUTLAK SILAT CEKAK HANAFI). SCH IPG Perlis telah diwakili oleh dua orang ahli iaitu Saudari Roslina dan Saudari Azmina memandangkan ahli yang lain terpaksa mengadakan demostrasi untuk Majlis Penutupan Karnival Sukan IPG Zon Utara 2011. Tahniah kepada kepada Penyelia Kelas SCH IPG Perlis (YDP Cawangan Perlis), Abang Fauzi Bin Jusoh atas kurnian Pingat Jasa Bakti Silat Cekak Hanafi dan Saudara Syafiq (Mbu) kerana telah lulus Ujian Sijil Rendah Persilatan dengan kepujian.
Wakil dari SCH IPG Perlis
Penyelia Kelas (YDP Cawangan Perlis) dan Isteri
Istiadat Perarakan keluar Parang Lading




Tiada ulasan:
Catat Ulasan