Laman

Selasa, 24 Januari 2012

MESYUARAT MMT KALI PERTAMA 2012

 'Bulat air kerana pembetung, 
bulat manusia kerana muafakat'

Pernah dengar x peribahasa kat atas tu?
Rasanya mesti ramai yang dah tahu kan maksud peribahasa tu...
Hidup kita sebagai manusia ni kenalah bermuafakat...
Barulah hidup penuh berkat!

Alhamdulillah, menyahut seruan peribahasa di atas, SCUH IPG Perlis telah berjaya mengadakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Tertinggi (MMT) kali yang pertama buat julung kalinya bagi tahun 2012 ni. Mesyuarat telah diadakan pada hari Isnin, 16 Januari 2012 pada jam 9.00 malam bertempat di kantin IPG Perlis.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh YDP SCUH IPG Perlis iaitu saudara Sazali bin Hashim bersama barisan pimpinan MMT sesi 2012/2013. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk penstruksturan semula organisasi SCUH IPG Perlis selain membincangkan dan menjelaskan bidang tugas setiap biro dalam MMT serta menyelaraskan aktiviti dan perjalanan SCUH IPG Perlis sepanjang tahun 2012 ini. Antara perkara berbangkit yang dibincangkan dalam mesyuarat termasuklah:
  1. Hutang ahli SCUH IPG Perlis
  2. Penghasilan portfolio persatuan serta fail bagi setiap biro
  3. Penyelarasan buah silat dalam kalangan ahli SCUH IPG Perlis
  4. Penghasilan T-shirt persatuan
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua barisan pimpinan MMT sesi 2012/2013 serta semua ahli SCUH IPG Perlis yang hadir bagi menjayakan mesyuarat yang telah diadakan.

Muka YDP yang sentiasa tersenyum ceria...

Komited & tekun menelaah laptopnya...

Srikandi-srikandi yang setia mendengar...

Pendekar-pendekar yang berhati kering...


seNAFAS seUDARA, seGERAK seARAH, 
seASLI seBUDAYA

2 ulasan:

Abdul Aziz berkata...

kenapa pendekar berhati kering?

Sang Murabbi berkata...

tu kan kata2 abg awe...kita hati kering...hehe