Laman

Selasa, 24 Januari 2012

DEMO SCUH IPG PERLIS & UiTM ARAU 2012

Tarikh: 08 Januari 2012, Ahad
Tempat: Perkarangan Masjid Terapung Kuala Perlis, Perlis

Rasanya dah agak lama x 'update' blog ni dengan aktiviti-aktiviti SCUH IPG Perlis kan..kan...???

Haa...untuk pengetahuan semua, gambar kat atas tu merupakan gambar aktiviti SCUH IPG Perlis yang terbaru & terkini bagi tahun 2012...Bolehlah dikatakan sebagai mukadimah bagi tahun 2012 ni...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya, baru-baru ini sebuah demostrasi telah berjaya diadakan di Perkarangan Masjid Terapung Kuala Perlis, Perlis sempena pembukaan gelanggang awam Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) yang terbuka untuk orang ramai. Demo ini telah dijayakan dengan kerjasama dan kolaborasi antara Persatuan SCUH (Pusaka Hanafi) IPG Kampus Perlis dan Persatuan SCUH (Pusaka Hanafi) UiTM Arau. 

Sekalung tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua ahli skuad demo SCUH IPG Kampus Perlis & UiTM Arau yang telah bertungkus-lumus menjayakan demo pada kali ni. Tak lupa juga kepada pihak penganjur dan pihak Masjid Terapung Kuala Perlis, Abang Fauzi selaku YDP SCUH Cawangan Perlis, abang-abang & kakak-kakak senior yang sentiasa memberikan sokongan & dorongan serta semua ahli SCUH IPG Perlis & UiTM Arau yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan demo pada kali ni.


Kat bawah ni ada video tentang demo tu...


seNAFAS seUDARA, seGERAK seARAH, 
seASLI seBUDAYA

1 ulasan:

Abdul Aziz berkata...

Subhanallah, bestnya persembahan demo kali ni.
videonya pon menarik, terbaik lah biro perhubungan dan serantau.!!!
5star.