Laman

Jumaat, 26 November 2010

Petikan Sajak 1 Suara 1 Hati


Jika ada yang bertanya
Perlukah lagi silat dizaman serbamaju
Jawablah Ya...selagi ada melayu

Jika ditanya lagi....mampukah silat menangkis peluru
Jawablah...silat kami bukan untuk menangkis peluru

Dan jika ditanya lagi...bukankah itu membuang waktu?
Katakanlah TIDAK.....kerana silat juga mampu menjaga waktu
Ia menjaga waktu...agar tidak terlena
Ia menjaga waktu....agar tidak tertinggal bahtera
Ia menjaga waktu....agar tidak disisih arus perdana

Jika mereka terus bertanya
Bagaimanakah silat mampu melakukan itu semua?
Katakanlah...yang melakukan itu semua bukan silatnya
Tetapi manusia.....pengamalnya
Silat cuma acuan
Silat cuma jambatan
Silat cuma semboyan
Silat cuma pakaian
Acuan itu penjaga kendi pusaka
Jambatan itu perintis galur wibawa
Semboyan itu pencetus akal dan minda
Pakaian itu pembalut maruah....panji rumpun bangsa

Oleh:
Encik Abdul Aziz Darmawi
sempena
Cabaran 1 dalam 10 000

Tiada ulasan: