Setiap langkah yang jauh bermula dengan langkah yang satu. Bagi KUMPULAN 01 (K01) Silat Cekak Hanafi Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis tarikh 25 April 2007 mungkin tidak menjadi ingatan. Jika disebut demostrasi pertama Pesta Konvokesyen 2007 pasti ia bermain di ingatan terutamanya yang terlibat. Tarikh itu merupakan tarikh yang menjadi titik permulaan SCH IPG Perlis mempekenalkan Silat Cekak Hanafi di mata warga IPG Perlis.
Oleh kerana ketika itu K01 belum sampai ke peringkat tamat, pakaian hanyalah seluar track biru dan t-shirt latihan dan demo ketika itu bersama dengan ahli dari SCH Cawangan Kedah yang semuanya telah tamat. Ketika itu ada suara-suara "aku nak belajar sampai tamat nak buat aksi macam diaorang. Pastu boleh pakai uniform sekali".
Untuk adik-adik, teruskanlah perjungan persilatan ini, jangan biar SCH pupus dan jangan biarkan SCH "hidup segan mati tak mahu" di bumi IPG Perlis ini kerana anda PERJUANG dan anda adalah PENDOKONG. SCH bukan hanya pada peringkat tamat, yang tamat itu silibus tetapi ilmunya senttiasa perlu dicari dan dikuasai. SCH itu hanya KULIT, kupas kulitnya baru dapat ISINYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan