31 JULAI 2010: Setalah berpeluh dalam latihan, skuad wajadiri Silat Cekak Hanafi IPG Kampus Perlis telah menyertai Kejohanan Wajadiri 2010 IPT dan Sekolah. Walaupun tahun ini pihak institut tidak menyediakan pengankutan, pasukan ini tetap bersemangat dan berkorban wang ringgit untuk menaiki kenderaan sendiri.
Bagi ahli yang baru menyertai kejohanan ini, ia merupakan satu pengalaman yang menjadi titik tolak untuk kejohanan akan datang. Apa yang menyedihkan kami ialah kami gagal untuk mempersembahkan kumpulan kami untuk acara Umum Tangan Kosong Lelaki dan Umum Senjata Wanita, ini kerana kami lewat melapor diri.
Pihak persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Yusoff Bin Shariff ( Pensyarah Penasihat Persatuan) kerana telah mengiringi kami untuk kejohanan ini. Walaupun tidak memenangi sebarang pingat, kami tetap bersemnagat dan berpuas hati dengan persembahan kami.
"JOM MELAWAT MELAKA 2011"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan