Dalam mencari ilmu beladiri, perlu diingatkan bahawa bukanlah kekuatan yang diutamakan semata-mata. Sebagai umat Islam, ia perlu selari dengan agama Islam. Dewasa ini, kita melihat banyak senibeladiri di negara kita baik Silat mahupun beladiri luar.
Kebanyakan ibu bapa dan individu itu sendiri lebih suka memilih beladiri luar kerana bagi mereka ia tidak nampak tahyul ( seperti upacara buka gelanggang, semah darah ayam dan sebagainya ). Jika dikaji dari segi pergerakan contohnya tunduk hormat ( seperti taekwando ), ia sedikit sebanyak berkaitan dengan agama. Ada juga beladiri dari Jepun yang mengamalkan sujud kepada jurulatih sebelum memulakan latihan. Perlu diingatkan sujud kita hanya pada ALLAH. Ada juga beladiri yang merapatkan telapak tangan sebagai tanda hormat (seperti perbuatan agama hindu). Jika dikaji sejarah, agama yang mula-mula datang ketanah Melayu ialah Hindu dan pengaruh agamanya sedikit sebanyak diasimilasikan dalam beladiri dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengamal SILAT CEKAK HANAFI hanya mengangguk kepala sahaja sebagai tanda hormat kerana pergerakannya telah diadun dengan ilmu tauhid oleh PENGASAS AGUNG Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.
Itu baru disentuh bahagian hormat, jika disentuh bahagian pergerakan seperti tari, ada tari beladiri luar seperti MUAY THAI seperti tari menyembah tuhan dan dewa. Memang jika dilihat ia namapak seperti tarian biasa tetapi pada dasarnya falsafah dalam tarian yang dibawa berkaitan dengan agama. Itu belum dikira dari aspek lain yang menyentuh soal agama.
Sebagai manusia kita adalah sebaik-baik kejadian ciptaan ALLAH, alangkah baiknya jika kita menggunakan pergerakan semula jadi manusia untuk mempertahankan diri. Jika kita tidak kenal diri kita maka kita tidak akan kenal ALLAH. Terdapat banyak sebab mengapa SILAT CEKAK mempunyai banyak perbezaan dari segi pergerakan ( semulajadi manusia ), pendirian ( berdiri lurus ), pakaian (warna biru gelap), cara hormat (tunduk kepala) dan sebagainya. Sebab-sebab ini adalaha berkaitan dengan falsafah persilatan yang diadun dengan jayanya bersama-sama ilmu tauhid. Bertanyalah pada GURU dan jurulatih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan