Laman

Rabu, 29 Februari 2012

SILAT & IBADAH



Assalammualaikum w.b.t,
      Mungkin bagi sesetengah mereka tidak lagi merasa berkepentingan buat diri dilengkapi dengan ilmu pertahanan diri bagi menghadapi serangan dan ancaman musuh. Tidak bermakna meminta diserang atau mengharapkan serangan dari musuh utk sekadar mahu mencuba ilmu di dada, tetapi sekiranya musuh berniat menceroboh diri, sekurang-kurangnya diri itu mampu mempertahankan nyawa sendiri hatta di tempat yang sempit seperti di atas titi yg sebesar papan sekeping.



Dgn terpeliharanya nyawa, maka akan adanya Ibadah. Dan sekiranya nyawa itu diambil juga setelah usaha ... ...mempertahankannya dilakukan, matinya itu dikira sebagai matinya seorang syahid, akan tetapi wajib dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya.

Menjadi kemestian untuk mempertahankan nyawa kita dengan cara dan usaha yang sebaik dan sepatutnya seperti yang dijelaskan di dalam kalam suci Al-Quran Al-Karim :-

"Dan persiapkanlah apa-apa sahaja kekuatan yang kamu sanggupi (untuk menghadapi musuh)." (Al-anfal:60)

“belajar seni... mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. 
Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.” :-

-Imam Yusuf al-Qardhawi

Ayuh kita mantapkan diri dengan mempelajari ilmu yang baik dalam Silat Cekak Hanafi, JOM SILAT!

seNAFAS seUDARAseGERAK seARAH 
seASLI seBUDAYA

Tiada ulasan: