Laman

Khamis, 25 Ogos 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI YANG DIPERTUA CAWANGAN

Fauzi bin Jusoh
Penyelia Pusat Latihan IPG Perlis
Merangkap
Yang DiPertua Persatuan 
Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Perlis


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Salam Ramadhan Karim dan Salam Aidulfitri yang bakal menjelma. Bulan rahmat bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Para sahabat Rasulullah S.A.W akan meratapi pemergian Ramadhan yang penuh barakah. Semoga kita jua akan di kurniakan Allah S.W.T sedikit keinsafan agar kita dapat istiqamah dalam menempuhi hidup yang bakal mendatang dengan melakukan kebaikan dan memohon keredhaanNYA Yang Maha Esa. Semoga kita jua akan meratapi pemergian Ramadhan yang penuh rahmat dan bukannya bergembira dengan berlebih-lebihan menempuhi Syawal. Namun begitu, Syawal jua bulan yang barakah kerana padanya terdapat puasa enam yang menjadikan kita berpuasa setahun.Semoga kita dapat menambah bekalan yang Allah sediakan khas untuk para hambaNYA. 

          Sempena Syawal yang penuh rahmat ini, izinkan saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita, sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah dilakukan sama ada sedar atau tidak. Semoga kehadiran Syawal ini akan diiringi dengan 1001 pengampunan dariNYA Yang Maha Esa. 

          Di kesempatan ini jua, saya ingin menyeru agar semua ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi agar dapat sama-sama mengembeleng tenaga agar menjadikan Silat Cekak Ustaz Hanafi satu persatuan yang gah dan hebat di Malaysia. Untuk merealisasikannya, para pendokong silat haruslah bangun untuk menjayakan segala rancangan yang telah dirancang pihak persatuan. 

          Pertama sekali, marilah kita sama-sama menjayakan Istiadat Konvokesyan Silat Cekak Ustaz Hanafi yang akan diadakan pada 15 Oktober nanti. Marilah kita sama-sama merealisasikan impian YM Tuan Guru yang ingin melihat istiadat ini berjalan dengan meriah dan penuh gilang gemilang dengan menghadirkan diri menerima sendiri sijil-sijil ujian yang telah kita duduki. Sekiranya semua ahli dapat menghadirkan diri, InsyaAllah akan penuh dewan yang di sediakan. 

          Keduanya marilah kita sama-sama merealisasikan impian YM Tuan Guru untuk melihat bangunan Silat Cekak Ustaz Hanafi berdiri megah pada 2015 nanti dan juga impian semua untuk memecahkan rekod 50 000 pesilat pada 2015 nanti. Semuanya bermula sekarang. Pendokong yang benar-benar ingin melihat impian gurunya tercapai akan berusaha sebaik mungkin untuk menjayakannya. Semoga kita akan menjadi pendokong yang akan berusaha merealisasikan impian guru yang kita kasihi. 

          Sekian sahaja pesanan dan ucapan dari saya sempena Aiduifitri yang bakal menjelma. Dikesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN 
DARI SAYA SEKELUARGA, 

MOHAMMAD FAUZI JUSOH 
SITI NURAINI MAHAMUD 
MOHAMMAD AKIF QAYYUM