Laman

Ahad, 31 Julai 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



ALHAMDULILLAH... Dipanjatkan rasa kesyukuran kerana kita masih diberi ruang di atas muka bumi ini. Sesungguhnya ia adalah nikmat besar yang dikurniakan oleh-Nya.

Persoalannya berapa ramai dikalangan kita sedar ia suatu nikmat dan rahmat Allah?

Jika sedar, apa yang telah kita laksanakan untuk tunaikan kewajipan kita sebagai hamba-Nya. Segala suruhan-Nya, adakah dipatuhi tanpa bantahan. Begitu juga segala larangan-Nya adakah dijauhi tanpa was-was.
Dikesempatan yang ada ingin kami ingin  mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua ahli Persatuan Seni Silat Ustaz Hanafi IPG Perlis (PUSAKA HANAFI).
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿البقرة : ١٨٣﴾
Al Baqarah : 183
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu AGAR KAMU BERTAKWA