Tarikh: 29 Mac 2011
Tempat: Rumah Tetamu, UiTM Cawangan Perlis
Syukur Alhamdullilah kerana program yang telah lama dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan cuaca dan GURU UTAMA yang tidak mengizinkan. Perjumpaan secara santai ini adalah bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas kepada jurulatih mengenai tugas dan tanggungjawap mereka. Pengisian ilmu pada majlis itu oleh GURU UTAMA amat bermakna kepada jurulatih-jurulatih yang mewakili GURU UTAMA dalam proses memberi MATAPELAJARAN. Antara pekara yang ditekan pada malam itu ialah:
1. Peranan
2. Tanggungjawap dan amanah
3. Hubungan murid dan guru
4. "Pakaian" jurulatih
Diharapkan kepada jurulatih yang hadir pada malam itu lebih memahami kepentingan jurulatih dalam PERSILATAN. Terima kasih kepada pihak pengajur terutamanya YDP PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI NEGERI PERLIS ( Abang Fauzi ) dalam pengajuran majlis ini.
** jangan lurus bendul nanti dilangkah. Biar lurus mata kail, lurus ada sedikit bengkoknya. Lurus mata kail letak pasti kena.
** pakai "pakaian" yang diberi GURU UTAMA.......hehe :-)