Laman

Ahad, 27 Mac 2011

Keras

BERLATIH UNTUK MENJADI TIDAK MENJADI KERAS TAPI BUKAN LEMBUT,
BERLATIH UNTUK MENGHADAPI YANG KERAS.

Ini adalah ungkapan yang diungkapkan oleh orang lama dalam SC. Dalam SC ketahanan itu penting kerana setiap kunciannya kemas (bergantung kepada pengamal). Jurulatih boleh melakukan secara keras tetapi adakah semua penuntut sanggup?. Mungkin ada yang sanggup tapi adakah dalam kehidupan kita 24jam hanya bersilat tanpa membuat kerja lain. Turun latihan "injured" esok pergi kerja jalan dah pelik, ganggu proses nak berkerja. Kita kena ingat RASA dan MUDARAT. Rasa tiada masalah tapi MUDARAT JANGAN. Yang penting sejauh mana pengusaan kita terhadap silibus SC dan kecekapan kita dalam mengaplikasikan terhadap situasi. Laju datang, laju jatuh. Keras datang, keras jatuh. Tapi bagaimana?. Itu kena latihan dan bergantung kepada ALLAH kerana SILAT CEKAK adalah SILAT GERAK. Dari mana GERAK?.YA, dari yang EMPUNYA GERAK. Adakah cukup dengan doa tanpa usaha?. USAHA dan SENTIASA BERDOA (BERGANTUNG HATI KEPADA ALLAH). InsyaALLAH. Mana tahu jika yang datang hendak menceroboh tidak jadi menceroboh. Itu tandanya kita sudah selamat.

Tapi kita kena ingat, SC memang menggunakan tenaga yang minima tetapi tenaga tetap digunakan dan perlu untuk bersilat jadi sentiasa tingkatkan tenaga fizikal, mental dan rohani dari masa ke masa. Bagaimana cara?. Itu terpulang kepada pengamal. Ada yang beriadha, ada yang jaga pemakanan, ada yang mengamalkan petua  dan yang paling baik amal semua.InsyaALLAH.