Bila kita membicarakan tentang silat, padangan masyarakat tidak boleh lari dari mengaitkan dengan ilmu batin. Padangan umum mengatakan ilmu batin adalah ilmu seperti boleh ghaib dari pandangan orang, dibakar dengan api tidak mudarat dan sebagainya. Bagi pengamal SILAT CEKAK HANAFI takrifan ini disangkal sama sekali kerana batin berkaitan dengan roh dan roh mesti ada jika hendak bersilat. Mana mungkin jasad boleh bergerak tanpa roh. Jadi ilmu batin ialah ilmu roh. Apa itu ilmu roh?. Ilmu roh ialah ilmu bagaimana kita nak menjaga roh kita dari sifat negatif seperti rasa iri hati, rasa sombong, rasa bongkak dan sebagainya.
Jika perkara seperti ditikam tak lut, dibakar tak melecur ia dipanggil perkara yang mencarik adat. Perkara yang mencarik adat ialah perkara yang luar dari adat contoh api itu sepatutnya membakar tetapi ia tidak membakar seperti mana berlaku pada Nabi ALLAH Ibrahim yang tidak dibakar oleh api.
Perkara ini memang wujud dan ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu
- Mukjizat - Kepada Rasul Allah
- Irhas - Kepada Nabi Allah
- Karomah - Wali-wali Allah
- Maunah - Kepada orang-orang biasa
- Istidraj - Kelebihan kepada orng yang tidak disukai ALLAH
Kita kaji semula, untuk MUKJIZAT dan IRHAS sudah tentu tidak akan berlaku pada zaman ini kerana Nabi dan Rasul yang terakhir ialah MUHAMMAD dan mana mungkin berlaku pada orng biasa. KAROMAH untuk WALI-WALI ALLAH dan adakah kita tergolong dalam golongan WALI-WALI ALLAH?. Sekarang yang tinggal cuma MAUNAH DAN ISTIDRAJ. Sebagai umat Islam kita perlu memohon kepada ALLAH agar dijauhkan dari Istidraj. Istidraj ialah perkara istimewa dan mencarik adat yang diberi oleh ALLAH kepada seseorang agar ia menjauhkan diri dari ALLAH. Sebagai manusia kita memohon kepada ALLAH agar diberi pertolongan olehNYA. Pertolongan ALLAH secara tiba-tiba dalam keadaan tertentu kepada orang biasa ialah MAUNAH.
Mana mungkin dalam keadaan biasa seseorang yang biasa mampu melakukan perkara yang mencarik adat. Dari pertolongan apa perkara itu berlaku. Fikir-fikirkan?. Ingatlah berusaha bersungguh-sungguh dengan bergantung hati kepada ALLAH dan kemudian berdoa bersunguh-sungguh kepada ALLAH, InsyaALLAH pertolongan ALLAH akan samapi kepada kita dengan bermacam-macam cara.
rujukan artikel ILMU BATIN DALAM SILAT CEKAK oleh ALMARHUM USTAZ HANAFI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan