Laman

Ahad, 30 Mei 2010

CATATAN SEJARAH

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mencecah usia 45 tahun dalam perjuangannya menaikan nama persilatan terutamanya Silat Cekak Hanafi di alam Melayu. Sepanjang usia yang boleh dianggap usia matang ini, sebanyak 2 rekod telah dicapai iaitu pada 2001 dan 2005. Pada tahun 2001 demo secara serentak disetiap cawangan telah diadakan dan ia telah telah dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record dan pada tahun 2005 telah menyaksikan dua rekod dicapai sekali gus iaitu Persembahan Silat Terbesar ( 5,032 pesilat ) dan Penyertaan Pesilat Wanita Teramai dalam Persembahan Silat ( 2,214 pesilat ).

 Perhinpunan di Taman Tasik Tititwangsa tahun 2005

Pada tahun 2010 ini, sekali lagi Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan memecahkan rekod sedia ada dengan menghimpunkan 10 000 orang pesilat pada 10.10.10 untuk mengadakan demostrasi secara besar-besaran. Bagi kita, bukanlah jumlah itu yang perlu dibanggakan tetapi komitmen ahli-ahli dalam menyokong pihak persatuan dalam merealisasikan 1 SUARA, 1 HATI.

Kami ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis bersedia membantu pihak persatuan untuk mencapai sasaran 10 000 pesilat pada 10.10.10 ini. InsyaALLAH dengan berkat GURU dan usaha kami, kami bersedia ke arah itu.

'REKOD BUKAN UNTUK DIPEGANG, REKOD UNTUK DIPECAHKAN'

Tiada ulasan: