
KUALA PERLIS - Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Perlis berjaya mengadakan satu demo penerangan di IKBN Kuala Perlis. Demo yang bertujuan untuk mencari ahli baru bagi kelas yang baru dibuka iaitu di IKBN Kuala Perlis. Penerangan yang disampaikan oleh YDP Perlis sendiri, Encik Fauzi Bin Jusoh dan demo dilakukan oleh pengamal dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis dan UiTM Arau. Sambutan yang diberikan amat menggalakan. Silat Cekak Hanafi merupakan senibeladiri pertama yang berjaya mendapat tempat di IKBN Kuala Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan